Islam itu indah, setiap keadaan ada ungkapan tertentu yang boleh kita
ucapkan untuk mendapat keberkatan dari Allah. Mari kita belajar dan
fahami makna ungkapan-ungkapan tersebut. InsyaAllah.
AL-HAMDU LILLAHI RABBIL ‘ALAMIN
Ini adalah frasa dari Al-Quran, umat Islam membaca dan
menyebutnya berulang kali sehari. Ianya dibacakan setiap hari ketika
solat, sesudah terbersin, juga disebut dalam setiap aktiviti kehidupan
harian. Maknanya adalah: “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
semesta alam.”
Seorang Muslim memuji Allah sebelum melakukan kerja harian; dan
apabila selesai, dia berterima kasih kepada Allah kerana nikmat-Nya.
Bersyukur kepada Allah untuk semua rahmat-Nya. Ia adalah satu kenyataan
terima kasih, penghargaan dan terima kasih dari makhluk kepada
Penciptanya.
ALLAHU AKBAR
Ungkapan ini sering disebut oleh umat Islam setiap hari. Semasa
panggilan untuk solat, semasa solat, apabila mereka gembira, dan ingin
memperakui apa yang mereka dengar, apabila menyembelih binatang, dan
apabila mahu memuji seseorang. Sebenarnya ia adalah ungkapan yang
paling banyak digunakan di dunia. Yang bermaksud: “Allah Yang Maha
Besar.” Islam memuji Allah dalam setiap aspek kehidupan.
ASSALAMU ‘ALAIKUM
Ungkapan ini digunakan apabila bertemu satu sama lain. Ianya mendoakan
kesejahteraan. Maknanya adalah: “Salam sejahtera kepada kamu.”
ASTAGHFIRULLAH
Ini adalah satu ungkapan yang digunakan oleh seorang Muslim apabila
memohon keampunan dari Allah. Maknanya: “Aku mohon ampun kepada Allah.”
Ungkapan ini juga seringkali diucapkan, samada secara kuat atau
berbisik dlm hati. Apabila melakukan kesalahan, sengaja atau tidak.
Kebiasaannya selepas setiap solat , seorang Muslim mengucapkannya
sebanyak tiga kali.
A’UZU BILLAHI MINASHAITANIR RAJIM
Perlu diungkapkan sebelum membaca Al-Quran, sebelum bercakap, sebelum
melakukan apa-apa kerja, sebelum berdoa, sebelum mengambil wuduk,
sebelum memasuki bilik basuh, dan sebelum melakukan banyak aktiviti
harian yang lain. Makna frasa ini ialah: “Aku berlindung dgn Allah dari
syaitan makhluk yang direjam.”
Iblis sentiasa mencuba untuk menyesatkan fikiran dan mengelirukan manusia.
BARAKALLAH
Ungkapan ini bermaksud: “Semoga kamu mendapat rahmat Allah” Apabila seseorang ingin mengucapkan terima kasih kepada orang lain.
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
Ini adalah frasa dari Al-Quran yang dibacakan sebelum memulakan bacaan
al-Quran. Ia dibaca setelah bacaan “A’uzu BILLAHI Minashaitanir Rajim”
Ungkapan ini juga dibacakan sebelum melakukan apa-apa aktiviti
harian. Maknanya adalah: “Dengan nama Allah, Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.”
IN SHA’ ALLAH
Apabila seseorang ingin merancang untuk masa depan, apabila dia
berjanji, apabila dia membuat resolusi, dan apabila dia membuat ikrar,
dia melaksanakannya dengan izin dan kehendak Allah. Makna kenyataan ini
adalah: “Dengan izin Allah.” Umat Islam perlu berusaha
bersungguh-sungguh dlm melakukan sesuatu perkara dan hanya berharap
kepada Allah.
INNA LILLAHI WA INNA ILAHI RAJI’UN
Apabila dilanda musibah, kehilangan orang yang disayangi, kita harus
bersabar dan menyebut ungkapan ini. Maknanya ialah: “Dari Allah kita
datang dan kepadaNya kita kembali. “
Kepunyaan Allah segala benda dan perkara, maka Dia berhak memberi dan
mengambilnya semula dari kita. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada
Allah untuk apa sahaja yang telah ditetapkan olehNya.
LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH
Makna ungkapan ini ialah: “Tiada kuasa dan tiada kekuatan melainkan
dengan pertolongan Allah.” Ungkapan ini dibaca ketika dilanda bencana,
atau berada disatu situasi di luar kawalan manusia.
MA SHA’ ALLAH
Ungkapan ini selalunya digunakan apabila rasa teruja dan terkejut.
Apabila mereka ingin meluahkan kebahagiaan mereka, mereka menggunakan
ungkapan sedemikian. Maksud “Ma sha ‘Allah” ialah: “Allah Maha Agung.”
Apabila Allah memberikan sesuatu yang baik kepada seseorang, diucapkan
kepadanya “Ma Sha ‘Allah.”
SUBHANALLAH
Maksudnya: “Maha Suci Allah”, digunakan pada banyak tempat, contohnya
jika mendengar sesuatu yang menakjubkan dan ingin meluahkan rasa teruja
anda. Melihat sesuatu yg menarik hati.
WA ‘ALAIKUMUS SALAM
Ini adalah jawapan bagi ucapan ASSALAMU ‘ALAIKUM. Makna ucapan ini ialah: “Dan kepada kamu kesejahteraan.”
YAR HAMUKALLAH
Disebutkan setelah mendengar orang lain terbersin dan dia
menyebut AL-HAMDU LILLAH. Maknanya ialah “Semoga Allah memberi rahmat
kepadamu”
JAZAKALLAH
Diucapkan ketika ingin meluahkan rasa terima kasih. Bermaksud “Semoga Allah memberi kebaikan kepadaMu”